Sabtu, 7 November 2009
Perkhemahan Unit Beruniform SKTTA 2009
SKTTA, 6 November 2009- Tepat jam 3.00 petang murid-murid yang mendaftarkan diri untuk program perkhemahan unit beruniform tahun 2009. Sejurus selepas pendaftaran satu sesi taklimat telah diadakan. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Komandan perkhemahan iaitu Encik Hazim. Seramai 120 orang peserta dari 4 unit uniform telah menyertai perkhemahan pada kali ini.
Sabtu, 31 Oktober 2009
Kemahiran ICT satu kemestian kepada para pendidik.
Dunia tanpa sempadan, itulah gambaran yang diberikan kepada perkembangan dunia ICT pada hari ini. Ada pro dan kontranya dengan perembangan yang dialami pada hari ini. Kerana manusia itu mempunyai had keupayaan mengawal kehendak yang amat lemah. Kebanjiran maklumat-maklumat yang kurang bermanfaat pasti mendatangkan ancaman perkembangan minda bagi generasi yang akan meneruskan kelangsungan hidup mereka di masa hadapan. Peranan dan tanggungjawab sebagai pendidik jangan di pandang enteng. Tugas pendidik sudah menjadi semakin mencabar.
Pendidik perlulah mempunyai keupayaan dalam menguasai bidang ICT bagi meningkatkan kemahiran semasa melakukan aktiviti P&P. Kegagalan guru mendalami bidang ICT akan dianggap ketinggalan serta menjadi punca kepada kemunduran kepada prestasi sesebuah sekolah. Andaian ICT itu amat sukar perlu dikikis disanubari guru demi memanfaatkan teknologi dalam pendidikan di alam maya ini. Guru yang cemerlang perlu berfikir ke hadapan usah jumud dengan pengalamanyang dimiliki. Kuasai ICT demi masa depan negara terbilang.

Langgan:
Catatan (Atom)