Dunia tanpa sempadan, itulah gambaran yang diberikan kepada perkembangan dunia ICT pada hari ini. Ada pro dan kontranya dengan perembangan yang dialami pada hari ini. Kerana manusia itu mempunyai had keupayaan mengawal kehendak yang amat lemah. Kebanjiran maklumat-maklumat yang kurang bermanfaat pasti mendatangkan ancaman perkembangan minda bagi generasi yang akan meneruskan kelangsungan hidup mereka di masa hadapan. Peranan dan tanggungjawab sebagai pendidik jangan di pandang enteng. Tugas pendidik sudah menjadi semakin mencabar.
Pendidik perlulah mempunyai keupayaan dalam menguasai bidang ICT bagi meningkatkan kemahiran semasa melakukan aktiviti P&P. Kegagalan guru mendalami bidang ICT akan dianggap ketinggalan serta menjadi punca kepada kemunduran kepada prestasi sesebuah sekolah. Andaian ICT itu amat sukar perlu dikikis disanubari guru demi memanfaatkan teknologi dalam pendidikan di alam maya ini. Guru yang cemerlang perlu berfikir ke hadapan usah jumud dengan pengalamanyang dimiliki. Kuasai ICT demi masa depan negara terbilang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan